Datin Alyah Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show

Ramai terkejut dengan berita Datin Alyah Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show memandangkan pada minggu pertama dulu, Alyah masih membuat persembahan.


Punca Alyah tarik diri adalah kerana dia mendapat panggilan Haji untuk tahun ini, jadi dia bakal membuat persediaan sebelum berangkat ke tanah suci.


Datin Alyah Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show



Pengumuman itu dibuat ketika konsert the hardest singing show minggu kedua semalam.


Alyah berkata; 


"Saya memohon untuk semua peminat mendoakan saya seterus mendapat haji yang mabrul,


“Saya juga ingin memohon maaf kepada seluruh tenaga kerja The Hardest Singing Show dan semua yang terlibat.


“Saya terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan pertandingan ini dan Saya mendoakan agar para peserta buat dengan sehabis baik,” jelasnya.


--


Kita doakan Alyah mendapat Haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan semasa menunaikan ibadah haji di Mekah dan Madinan nanti ya.


Seronok tau bila tengok orang pergi haji dan umrah ni kan. Tenang jer rasa hati ni. :) 

Post a Comment

Previous Post Next Post