Aepul Roza Keluarkan Lagu ILU

Aepul Roza Keluarkan Lagu ILU bersesuaian dengan situasi semasa dan juga kontroversi hebat artis tempatan yang sedang menjadi bulan netizen.


Peserta Th Hardest Singing Show 2024 itu menjelaskan kepada gempak baru-baru ini mengenai lagu ILU yang diciptanya.


Aepol berkata;  


“Saya mencipta lagu ILU dalam tempoh satu malam saja. Tidak sukar kerana bait-bait kata dan sebagainya berada di sekeliling kita. Jadi tidaklah mengambil masa yang lama.


Aepul Roza Keluarkan Lagu ILU








“Malah, sudah lama juga saya tidak menulis lagu yang ideanya datang secara tiba-tiba. Dari sudut perniagaan, tumpang publisiti dan sebagainya itu saya tak nafikan.


“Dari segi undang-undang, tidaklah tepat seperti situasi yang sedang berlaku cuma sipi-sipi saja keeana selebihnya terpulang kepada pendengar untuk membuat kesimpulan mereka sendiri.


“Kebanyakan karya saya sebegitu yang mana saya sediakan bahan-bahan masakan dan rempah ratus selebihnya hasil masakan itu dibuat oleh pendengar sendiri,” kata Aepul.


“Salah satu sebab mengapa saya menghasilkan lagu ini kerana sebagai teguran buat saya sendiri juga. Sebelum-sebelum ini juga Drama Band pernah menghasilkan lagu yang berkarakter begini.


“Sejak pada itu, saya menganggap lagu yang dihasilkan sebagai pesanan buat diri sendiri juga. Kita hendak menegur orang, pastikan tangan kita bersih.


“Jadi apabila timbul perkara sebegini, seperti peraturan supaya saya ‘improve’ dan jaga diri saya supaya tidak kena batang hidung sendiri serta menjadi lagu orang lain pula,” kata Aepul.


Post a Comment

Previous Post Next Post