Saya Orang Paling Dibenci - Riena Diana

Kejayaan membawa watak Farah Mokhtar dalam drama Wanita Syurga memberi kelebihan kepada Riena Diana apabila lakonannya kembali menjadi sebutan.


Sebelum ini nama riena lebih dikenali sebagai watak Lailer dan Kampung people namun, kini kita lihat bertapa berubahnya karakter riena dalam drama terbaru ini.


Riena juga mengatakan sekarang ini, dialah menjadi manusia yang paling dibenci masyarakat Malaysia.


Saya Orang Paling Dibenci - Riena Diana



Bercakap kepada media, Riena berkata; 

"Semua orang marah kepada saya. Ke mana saya pergi, ada yang cakap menyampah tengok saya.


"Agaknya sebab mereka dah pernah tengok saya bawa watak Lailer (dalam drama Kampung People) dulu, tapi benci dengan watak Farah. Mereka tanya macam mana saya boleh bawa watak ini.



"Ada yang tak sampai hati nak marah. Ada yang DM saya akan balas, cakap terima kasih sebab tak suka perwatakan Farah ini," katanya kepada Metro Ahad.



"Ini watak yang saya nantikan. Saya cakap kepada pengarah, saya takut orang tak benci watak ini sebab itu tunjukkan watak itu tak menjadi. Tapi, di set pun bila orang tengok di monitor, ramai yang cakap sakit hati.


"Selalunya, kita dapat maklum balas, perempuan saja benci. Tapi, rupa-rupanya ada ramai juga penonton lelaki yang marah sebab kata mereka saya 'gedik'," katanya.


"Saya rasa, orang mula panggil saya Farah Mokhtar. Saya bangga bila macam itu. Bukan nak lari daripada watak Lailer, tapi saya nak orang nampak kepelbagaian saya dalam melakonkan pelbagai watak.


"Ada pelakon senior nasihatkan supaya lari daripada watak Lailer, dan cuba watak lain. Jadi, bila diberi peluang kali ini, Alhamdulillah penonton terima.


"Kalau selepas ini ada peluang lagi, saya terbuka untuk bawa pelbagai watak. Saya tak mahu tersekat di satu tahap atau watak sahaja," katanya.


--


Fenomena ini dijangka akan meningkat menjelang episod akhir drama wanita syurga tidak lama lagi. Semoga penonton terus memberi sokongan kepada team drama ini sampai habis tau.


Post a Comment

Previous Post Next Post