Persoalan mengenai Bella Astillah menjalin hubungan dengan pelakon Muaz Zabir terjawab apabila tuan badan sendiri mengaku dan mengatakan ia sudah berhenti sejak tahun lalu.
Terdahulu, Bella menjadi bualan ramai selepas Akaun TikTok dikenali @edisiumat memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan Bella bersama Muaz.
baca juga : Bella dedah alif curang 11 kali.
Bella berkata kepada media;
"Sebenarnya sejak semalam saya mengetahui perkara ini dari rakan-rakan terdekat dan netizen pun bercakap. Saya faham perkara ini juga secara mendadak tapi netizen boleh fikir esok adalah sebutan kes perceraian saya, mengapa sekarang?
"Sebenarnya untuk kes ini, ia terjadi tahun lepas. Ia sudah lama dan niat saya adalah untuk buat suami saya cemburu. Saya percaya rakan-rakan saya kenal dan tahu bagaimana saya sayang Aliff.
"Jadi bila saya menggunakan seseorang untuk buat suami saya cemburu, kerana pada ketika itu dia curang bersama dua wanita yang lain dan tak perlu saya sebut nama. Saya nak perhatian dia dan dengan cara itu saya harap dia beri perhatian dan cemburu," katanya.
Bella juga sudah bagi tahu Aliff dan keluarganya mengenai perkara tersebut.
"Budak lelaki ini baik. Bila kita tak dihargai, rasa macam sampah jadi bila ada seseorang yang memberi perhatian, saya akui saya manusia biasa dan ini adalah kesilapan saya yang pertama saya selama 10 tahun saya bersama dengan Aliff.
"Bagaimanapun kita sudah berbaik dan berdamai dengan seluruh keluarga. Bukan hanya dengan Aliff sahaja tapi dengan keluarga di Singapura dan keluarga saya juga. Kami sudah bermaafan dan bercuti ke Pulau Pinang jadi tiada masalah apa-apa.
"Aliff pun sudah letak penutup di situ dan katakan dia masih sayangkan saya. Selepas kejadian itu saya nampak dia hargai saya. Saya pun fikir saya buat kesalahan dan kena taubat.
"Ini adalah kesalahan saya dan saya pun sudah minta maaf," katanya yang mengakui hubungan mereka suami isteri kembali jernih selepas kejadian itu.
Bella juga memberitahu media yang;
"Bila dia mula penggambaran dengan Ruhainies, dia sudah tukar 'password'. Jadi mungkin mereka nak menutup kes khalwat itu, mungkin sudah tiada senjata, mereka gunakan kes saya.
"Di mana Aliff tidak sedar ke Ruhainies menggunakan dia. Sedangkan Aliff apa yang saya ada mengenai dia. Ini semua saya luahkan pada kali pertama. Hanya Aliff yang ada gambar saya dan Muaz.
"Orang marah cakap saya bodoh tapi orang tak tahu bagaimana saya sayangkan rumah tangga saya. Saya mahu anak-anak saya ada ibu bapa yang lengkap jadi saya berkorban," katanya.
Post a Comment