Takdir Itu Milik Aku Cipta Fenomena

Fenomena drama 'TAKDIR ITU MILIK AKU' yang ditayangkan di saluran Astro Ria ini semakin menjadi bualan ramai. 


Drama adaptasi dari novel karya Siti Rosmizah sememangnya tidak menegcewakan dan jalan cerita yang menarik berjaya membuatkan penonton tidak sabar menantikan episod-episod baru cerita ini. 


Dibarisi juga oleh pelakon hebat seperti Shaheizy Sam dan Emma Maembong sebagai pelakon utama menjadikan jalan cerita nya lebih menarik.


Baca juga : Telefilem gadisku.


Takdir Itu Milik Aku




Sinopsis

Aku suka nak kongsikan sinopsis takdir itu milik aku yang mengisahkan tentang Dian, seorang gadis muda yang terpinggir, merasakan kehidupannya diceroboh oleh kekejaman emak saudaranya, Kamsiah. 

Impiannya untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi musnah ditengah jalan apabila dia dipaksa menjadi orang gaji. 

Namun, takdir membawa dia bertemu dengan Zarif Adha, cucu majikan yang berpura-pura baik. Janji-janji manisnya hanya satu dusta semata-mata.


Zarif Adha, yang hidup dalam kemewahan dan keangkuhan, tidak teragak-agak mempermainkan Dian untuk kepentingan dirinya sendiri. 

Datin Munirah, pula, dengan ketamakannya, mengorbankan Dian demi memenuhi hasratnya untuk menguasai harta keluarga. 

Pertanyaan yang menggantung: Adakah Dian terus menderita atau mampukah dia berdiri tegak menentukan takdirnya sendiri?


Info Drama dan Pelakon


Takdir Itu Milik Aku

Episod: 40

Tarikh Tayangan: 26 Februari 2024

Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Astro Ria, Astro GO



Penulis Novel: Siti Rosmizah

Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan

Pengarah: Feroz Kader

Produksi: SR One Sdn Bhd


Watak Pelakon

Emma Maembong sebagai Dian Zara

Shaheizy Sam sebagai Zarif Adha

Liza Abdullah sebagai Datin Munirah

Jasmin Hamid sebagai Kamsiah

Fauziah Nawi sebagai Nek Tuk Hasnah

Mustaqim Bahadon sebagai Arman

Mak Engku Fridah sebagai Nek Wan Hamimah

Nasz Sally sebagai Maryam

Riz Amin sebagai Rahman

Sharifah Husna sebagai Azura

Duerra Mitilda sebagai Elina

Shakilla Khoriri sebagai Adira

Mahmud Alibashah sebagai Dato Salleh

Rayyan Mikail sebagai Mohd Adif

Radhi khalid sebagai Dollah Kutty


Selamat Menonton


Previous Post Next Post