Pelangi Yang Hilang | Sinopsis dan Episod

Malam ini akan ditayangkan telefilem baru 'Pelangi Yang Hilang' di saluran TV3. Jangan lepaskan peluang untuk menonton telefilem menarik ini ya.


Pelakon utama dalam cerita ini adalah Nabila Huda dan Ramona Zam Zam. Diorang suruh standby tisu siap-siap tau. memang sedih betul tau.


Telefilem lain yang ditayangkan minggu ini adalah GADISKU yang mengisahkan tentang sepasang kekasih yang tak habis-habis bergaduh tau.


Pelangi Yang Hilang




Sinopsis


Telefilem PELANGI YANG HILANG ini mengisahkan tentang cikgu lutfi. Dia baru sahaja bertukar ke sebuah sekolah baru. Sikap dia memang seorang yang tegas dan mementingkan disiplin.


Dia juga mempunyai pelajar bermasalah bernama Hadi yang selalu ponteng sekolah dan lewat. Nak dijadikan cerita, kehidupan Hadi diuji dengan kehilangan ibu dan ayahnya.


Dia tinggal dengan adiknya. Lutfi yang mendapat berita tersebut nekad membantu menjaga mereka berdua. Namun, mak saudara hadi datang dan mengambil wang peninggalan ibu dan ayahnya. 


Hadi dan adiknya juga menjadi mengsa dera tau. Agak-agaknya apa kesudahan cerita ni kan.


telefilem Pelangi Yang Hilang


Info dan Pelakon


Pelangi Yang Hilang

Waktu Siaran: Ahad, 24 Mac 2024, 10:00 malam

Rangkaian: Cereka Ahad TV3

Pengarah: Zul Huzaimy

Produksi: Wiranusa Corporation Sdn Bhd

Pelakon: Nabila Huda, Luqman Junaidi, Danish Hazriq, Asheeqa Maleeyka


Previous Post Next Post