Nuzul Alquran | Hikmah Yang Tersirat

 Sempena Nuzul Alquran 2024 ini aku suka untuk berkongsi beberapa hikmah dan kelebihan penurunan Al-quran kepada ummat manusia terutamanya kepada Umat Islam.


Nuzul Alquran



Definisi


Nuzul Al quran bermaksud Penurunan Al Quran kepada Baginda Rasullullah S.A.W.. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad ﷺberusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadhan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M, semasa Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.


Ummat Islam diminta untuk menghayati malam dan hari istimewa ini dengan bermuhasabah sejauh mana keupayaan dan kemampuan kita membaca dan mentadabbut alquran.


Firman Allah SWT dalam surah al-Isra': 9 yang bermaksud:


"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.


Hikmah Yang Tersirat 


1. Al-Quran merupakan petunjuk kepada ummat Islam dan menjadi mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW.

2. Al-Quran melengkapi dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara yang diperlukan oleh ummat manusia di dunia ini.


3. Kehebatan Alquran kekal dari awal penurunannya sehingga sampai hari kiamat dan kalam ini sentiasa di jaga oleh Allah S.W.T.


Kesimpulan


Amat malu jika kita tidak dapat membaca kalam-kalam suci yang terdapat di dalam Al-quran yang mempunyai banyak pengajaran dan pedoman. Namun jangan putus asa untuk terus belajar dan belajar.


Agar mulut kita ini mampu melafazkan bait-bait kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. sehingga nafas kita yang terakhir.

Salam Nuzul Alquran.



Post a Comment

Previous Post Next Post