Drama Kampung Puasa | Sinopsis dan Episod

Karya yang dinantikan, drama Kampung Puasa akan ditayangkan sepanjang bulan ramadhan 2024 ini di saluran Astro Ceria.


Pasti ramai tak sabar nak tengok celoteh pelakon hebat seperti Khir Rahman, Zara Zya, Kael Noad dan ramai lagi.


Jika Sabri Yunus yang mengarah, pasti jalan cerita dia menarik dan best untuk ditonton.


Drama Kampung Puasa



1. Sinopsis Kampung Puasa


Drama ini mengisahkan tentang Lut dan Faiz. Diorang ni kawan baik. Menjelang bulan ramadhan, mereka niat dan puasa penuh buat kali pertama. Semangat habis tau.


Namun niat itu bertukar tragedi apabila ibu dan bapa mereka bagitahu yang diorang akan berkahwin. Maksudnya Lut dan Faiz akan jadi adik beradik tiri lah.


Fuuh kemain bertukar 360 darjah lepas tu. hehehe


Dari sahabat baik bertukar menjadi musuh. Geram dan amarah semakin membuak-buak. Akhirnya terlintas niat mereka nak puasa penuh tersebut.


Maka masing-masing cuba mengagalkan niat masing-masing. Mereka nekad nak batalkan puasa masing-masing dan gagalkan rancangan puasa penuh mereka itu.


Dapatkah mereka gagalkan rancangan tersebut? sama-sama kita saksikan.


2. Info dan Pelakon


Episod: -

Tarikh Tayangan: Mulai 8 Mac 2024

Waktu tayangan : 3 Petang

Rangkaian: Astro Ceria saluran 611

Pengarah: Sabri Yunus

Produksi: Cinemalaya Studios Sdn Bhd


Barisan Pelakon


Pelakon-pelakon hebat yang membintangi drama ini adalah seperti Khir Rahman, Zara Zya, Kael Noah, Firman Uzair, Raja Azmi, Bell Ngasri, Noorkhiriah, Puteri Rayyana Rayqa, Amin Idris dan pengarahnya sendiri iaitu Sabri Yunus.


Harap drama kampung puasa ini dapat memeriahkan lagi bulan ramadhan kita dan pada masa yang sama membantu kita dari segi pengajaran kepada penonton.


Previous Post Next Post