Helo, Saya Anak Uncle! | Info Drama dan Sinopsis

Korang dah tonton drama Hello, Saya Anak Uncle! yang mula ditayangkan pada semalam di saluran TV 3 sempena bulan ramadhan yang mulia ini.


Hanya mempunyai 4 episod sahaja drama ini dibintangi oleh pelakon utamanya iaitu Izzue Islam dan juga Zara Zya.


Telefilem menarik yang sesuai korang tonton adalah Daddy Duda yang ditayangkan selepas tayangan drama ni tau. 


Helo, Saya Anak Uncle! | Info Drama dan Sinopsis




Sinopsis


Kita mulakan sinopsis Hello, saya anak uncle ini yang mengisahkan tentang Dr. Suhael.  Dia  seorang doktor pakar kanak-kanak yang saban hari dikelilingi oleh pesakit kanak-kanak. 


Kehadiran seorang anak kecil bernama Ciara yang tiba-tiba mengaku sebagai anaknya telah mengucar-ngacirkan hidupnya.


Ayahnya bersekongkol dengan bekas isterinya untuk membiarkan Ciara dijaga oleh Suhael kerana Sarah  mengikut suaminya ke luar negara dan terpaksa meninggalkan Ciara disebabkan Ciara akan mula persekolahan darjah 1.


Dia merasakan dunianya gelap, hidup yang dulunya bebas dan tidak terikat dengan komitmen kini telah dibebani dengan tanggungjawab sebagai ayah! 


Helo, Saya Anak Uncle! | Info Drama dan Sinopsis


Kehadiran Ciara telah menggugat posisi Mira (Raden Zaharatul) sebagai teman wanita Dr Suhael.


Setiap hari, pelbagai cara yang Mira lakukan di depan Ciara untuk memastikan bahawa Ciara sedar akan posisinya di hati Dr Suhael. 


Namun kemunculan Cikgu Wawa yang merupakan guru sekolah Ciara juga menjadikan Mira semakin membara. Berjayakah Mira menyisihkan posisi Ciara sebagai anak? 


Adakah kehadiran Ciara hanyalah satu bebanan?


Info dan Pelakon


Tajuk Drama : Helo, Saya Anak Uncle!

Episod: 4

Tarikh Tayangan: 17 Mac 2024

Waktu Siaran: Ahad, 9 malam

Rangkaian: TV3, Tonton

Penulis Skrip: Nieza Nahar

Pengarah: Idora Abdul Rahman

Produksi: Creative Skill Solution


Barisan pelakon dan watak dalam drama ini adalah seperti Izzue Islam sebagai Dr. Suhael, Zara Zya sebagai Cikgu Wawa, Rania Amanda sebagai Ciara, Aprena Manrose sebagai Sarah, Raden Zaharatul sebagai Mira, Umar Al Amsyar, Kuna Muzani dan Hafidzuddin Fazil


Jangan lupa untuk saksikan drama menarik ini di saluran TV3 setiap hari ahad di bulan puasa ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post