Rahsia di sebalik Persembahan Hasrat AJL 38

Ramai terpesona melihat persembahan lagu hasrat ajl 38 semalam. Bahkan ramai yang menitiskan air mata menghayati bibit lirik lagu tersebut.


Selepas memenangi AJL 38 semalam, Air Mata terus mengalir di pipi Amir Jahari dan lantas dia segera sujud syukur atas kebahagian tersebut.


Rupanya persembahan Amir adalah solidariti dirinya kepada para syuhada yang syahid di bumi Palestine yang sedang bergolak. Patutlah sayu semacam persembahan Amir semalam kan.


Hasrat AJL38



Amir berkata :  


"Terima kasih kepada isteri saya, kepada keluarga, juri dan semua. Terima kasih kepada semua yang terbabit. Ini untuk kalian dan kita semua.


"Persembahan yang dibawakan tadi adalah tanda solidariti kepada mereka yang mati syahid di bumi Palestin," katanya.


Dalam masa sama, Amir berkata, tanpa tayangan filem Imaginur yang mengangkat lagu Hasrat sebagai runut bunyi lagu Hasrat tidak akan berada di tahap ini.


"Tanpa filem Imaginur, Hasrat tiada apa-apa," katanya.



Previous Post Next Post