Amira Othman Beri Bayangan Belum Ada Calon Suami

Amira othman berkata dia masih belum menemui siapakah bayanagan bakal suaminya satu hari nanti dan mengakui dia bimbang mengenai komen mengenai jodoh terhadap dirinya di sosial media.


Amira Othman Beri Bayangan Belum Ada Calon Suami



Amira berkata  


"Saya tahu selagi tidak berkahwin, pasti akan terus ditanya mengenai soal jodoh ini. Jadi, saya mohon daripada semua agar doa-doakanlah jodoh untuk saya.


"Buat masa sekarang memang belum ada lagilah. Tak nampak bayangnya (calon) siapa. Samar-samar pun tak ada, memang tak nampak bayang langsung," katanya kepada Harian Metro.



"Baru-baru ini ketika hadir ke Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL 38) ada peminat lelaki yang ingin ambil gambar dengan saya mengusik bahawa dia sudah menyimpan jambang.


"Situasi usik-mengusik ini jadi kelakar pada saya hanya disebabkan kenyataan berkaitan lelaki berjambang yang pernah dikongsikan itu. Dah jadi bahan jenaka pula," katanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post