AG Coco Puji AJL38

Penggubah Musik lagu Hasrat AG COCO menyifatkan Anugerah Juara Lagu  kini sudah kembali ke landasan asal selepas lagu nya menang AJL 38 baru-baru ini.


pemilik Nama sebenar Mohd Hezry bin Mohd Hafidz lebih dikenali dengan nama pentasnya AG Coco, merupakan seorang penerbit rekod Malaysia, penulis lagu dan gitaris utama kumpulan rock Hujan.


Dilahirkan dan dibesarkan di Kedah, Hezry mula dikenali sebagai pemain gitar utama untuk kumpulan rock Hujan pada akhir 2000-an, menghasilkan single untuk artis rakaman seperti Yuna, Tomok dan Hafiz.


AG Coco Puji AJL38



Beliau juga mengetuai sebagai konduktor orkestra untuk produksi televisyen tempatan dan siri televisyen pertandingan.


AG Coco berkata;  


"Alhamdulillah, lagu Hasrat ini sejak azali lagi sebenarnya adalah lagu yang kuat. AJL kini sudah kembali ke landasan di mana tak berpaksikan keputusan yang stereotaip, di mana hanya terarah kepada balada dan lagu-lagu bervokal tinggi serta menyusahkan hidup.


"Lagu Amir adalah satu contoh lagu yang enak, puitis dan mendalam untuk disampaikan kepada pendengar," katanya.


"Saya berada di sana semalam dan saya saksikan sendiri, persembahan Amir membuatkan ramai yang menitiskan air mata. Maksudnya, mesej lagu itu sampai.


"Kepada semua pengkarya, apa yang penting adalah untuk meletakkan matlamat kita agar karya kita sampai kepada pendengar dan bukan mengejar glamour semata-mata. Amir ada 'barang' itu.


"Yang kenal Amir dari dia susah sehinggalah di tahap semalam, adalah perkara yang indah untuk Amir Jahari," katanya.



Post a Comment

Previous Post Next Post