Yusry terharu bila orang kenal suaranya.

Seperti sedia maklum, minggu ini maskot musang tersingkir yang mana identitinya adalah Datuk Yusry Abdul Halim.  Ramai yang terkejut melihat penyanyi lagenda ini di dalam kostum tersebut.


apabila ditanya mengenai strategi yang digunakan bagi mengelirukan juri, yusry berkata dia tidak membuat strategi dan hanya enjoy sahaja.


Yusry terharu bila orang kenal suaranya.



“Tiada strategi, ini game suka-suka kot, saya tak fikir sangat. Sebenarnya ada beberapa minggu tu saya rasa macam mungkin nak keluarkan suara saya sedikit,” katanya.


“Bila mereka dapat teka dengan betul, sebenarnya saya rasa terharu.


“Sebab saya sejak 2018, saya tak nyanyi satu nota pun, saya dah bersara habis daripada bidang nyanyian dan saya terus focus dalam bidang pengarahan,” kongsinya.


Seperti sedia maklum, ramai yang terekejut dan tertanya-tanya bila Yusry buat kemunculan dalam The Masked Singer Malaysia ni. Mereka kata kenapa dan sebab utama yang membuka hati Yusry untuk kembali menyanyi.


Yusry berkata dia sebenarnya di offer untuk menyertai Gegar Vaganza tetapi menolaknya. Bahkan dia sendiri yang offer dirinya untuk program the masked singer ini. 


' Saya dioffer masuk gegar vaganza. tapi saya tolak tapi saya nak the masked singer.'


' sebab anak perempuan saya suka rancangan ni, jadi saya buat juga sebab anak perempuan saya. dia juga selalu tanya saya bila nak menyanyi balik, dia  tahu saya dah bersara semua. jadi ini pun saya buat sebab dia jugalah. '


lagi satu rancangan ini happy-happy kalau nak banding dengan gegar vaganza jadi saya lebih suka yang ini.

Bila ditanya mengenai kerahsiaan dalam program ini dan perasaan  menjadi VVIP, Yusry berkata

' itu menarik bila kerahsiaan ni.benda baru. nak buat sekali lagi? saya tak mau buat dah. hehehe'


siapa yang tahu kemunculan Yusry. Dia berkata; 'isteri, ibu dan ibu mertua serta anak perempuan tahu.'

Yusry berkata lagi mengenai kostum Musang yang dipakainya.


' kostum ni berat tapi saya beruntung sebab kepala sahaja yang berat, bahagian lain semua boleh bergerak bebas kalau nak banding dengan peserta-peserta lain yang lebih susah.' 


Minggu depan tiada lagi kelibat musang dalam pertandingan ini. Siapa pula yang bakal tersingkir daripada the masked singer Malaysia nanti? sama-sama kita nantikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post