Yusry KRU adalah Musang, Tersingkir di Minggu 8 The Masked Singer Malaysia 2023

Minggu ini banyak kejutan yang diberikan oleh para peserta. Selain dari peningkatan prestasi beberapa peserta, kita dikejutkan dengan penyingkiran peserta Musang. 


Yang lebih mengejutkan adalah identiti disebalik maskot iaitu Datuk Yusry Abd. Halim. Memang terkejut habis ingatkan Erra Fazira main - main teka jer. Rupa-rupanya betul.


Yusry KRU adalah Musang



Minggu ni Musang menyanyikan lagu Warisan Wanita Terakhir oleh Teacher’s Pet.


Minggu ke tujuh ini juga menyaksikan Teratai sekali lagi berada di bottom 3 dan begitu juga dengan Mat Helang. Mereka perlu usaha dengan lebih baik bagi memastikan mereka layak ke final pada minggu seterusnya nanti.


Para juri juga sepakat minggu ini meneka Yusry sebagai peserta yang tersingkir di dalam maskot Musang. Kalau tidak mesti ada seorang yang salah teka. 


Kali ni Angah tidak cuba menjadi orang yang berbeza nampaknya. dua minggu berturut-turut angah salah teka jadi minggu ini ada improvement dah. Memang Power!


Siapa pula yang bakal tersingkir pada minggu ke 9 nanti? Sama-sama kita nantikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post