Stacy Bagi Hint Sertai Gegar Vaganza 11

Stacy Bagi Hint Sertai Gegar Vaganza. Selepas diumumkan menjadi juara the masked singer malaysia 2023. Nama stacy kini kembali melonjak naik dan menjadi sebutan ramai.


Penyanyi kelahiran sabah itu berjaya mengubat rindu peminat-peminatnya dan ramai yang mahu melihat dia beraksi di pentas gegar vaganza 11 nanti.


Itupun kalau pihak astro masih meneruskan program berkenaan selepas selesai 10 tahun tayangan rancangan berkenaan.


Stacy Bagi Hint Sertai Gegar Vaganza 11



Adakah stacy akan sertai GV11? ini merupakan pertanyaan ringkas daripada hos kepada stacy semalam dan jawapan stacy pula ringkas dan padat.


GV ?? Tengoklah '


Dari muka stacy pun kita dapat agak yang dia juga mahu menyertai GV. Gegar vaganza juga antara pilihan yang boleh diambil jika mahu mengembangkan sayapnya di hadapan peminat.


Tapi kita masih belum tahu sama ada stacy akan menjadi peserta atau tidak dan timeline astro pun masih panjang dan di jangka selepas bulan puasa nanti akan bermulanya big stage 2024.


Stacy juga mengucapkan terima kasih kepada yang mengundinya dan dia juga berharap persembahannya setiap minggu dapat mengubat rindu peminat-peminat kepada dirinya.


' terima kasih kepada semua yang undi 20% tu .. masuk yang juara malam ini, 8 minggu guys i no 1 disebabkan u all yang tolong undi 20% tu sangat bermakna sangat besar. 


i tak dapat nak balas segala kerja penat kamu semua. mudah-mudahan dengan apa yang saya persembahkan tiap-tiap minggu tu, kamu semua terubat rindu dan terhibur dengan apa yang dipersembahkan.' 


' mudah-mudahan ia berbaloi dengan apa yang u all dah undi dan support dan ikut bunga matahari. Thank you! '


Tahniah kita ucapkan kepada stacy kerana berjaya menjuaai rancangan the masked singer malaysia 2023 kali ini. Semoga terus dimurahkan rezeki dan tidak jemu menghiburkan peminat-peminat.


Previous Post Next Post