Saya tak ada bawa balik rumah- Shukri Yahaya

Hero malaya dan pelakon kacak, Shukri Yahaya baru sahaja selesai drama layang-layang perkahwinan yang mana mengangkat kisah curang dalam rumah tangga.

Shukri sering diingatkan netizen agar tidak berlaku curang di alam realiti sebaliknya cukup sekadar di dalam drama sahaja. Dia juga sentiasa menjaga batas dan sedar diri yang dia seorang suami.


Saya tak ada bawa balik rumah- Shukri Yahaya



Pelakon kacak ini juga mendirikan perkahwinannya dengan Tya pada 20 november 2015 dan dikurniakan dua anak iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Berkata kepada media, 

“Saya dah kenal Tya dah lama, kami pun dah ada anak dua orang. Jadi, ikutkan saya tak pernah terfikir benda-benda macam itu (curang). Kalau ikutkan, saya berlakon, bila habis… habis terus.

“Saya tak ada bawa balik rumah, saya tak teruskan hubungan itu (lakonan) ke rumah,” kata Shukri kepada Gempak.

“Bagi saya, bagus juga mereka (netizen) mengingatkan… bukan saya seorang tapi sesiapa saja yang cuba jaga orang ketiga, jangan usik Shukri Yahaya. Ada macam itu, bagus juga la,” katanya.

Seperti sedia maklum yang shukri sudah banyak kali bergandingan dengan pelakon-pelakon cantik di dalam industri lakonan kita namun masih mengekalkan namanya dari sebarang kontroversi..

Malah ada yang mengatakan shukri antara lelaki yang boleh dipercayai dan juga jenis yang setia. Sebab itu ramai yang suka dan terus menyokong karya-karya lakonan shukri ni.


Post a Comment

Previous Post Next Post