Rahman Chea Menang Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak

Pembuat konten parodi, Rahman Chea berjaya mengalahkan pencabarnya untuk memenangi anugerah Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak di malam gempak most wanted awards 2023 semalam.


Rahman terkenal dengan penghasilan video-video yang boleh di ‘relate’ orang Malaysia bersama rakannya yang dikenali sebagai ‘Kanafly’ sehingga berjaya membuatkan ramai penonton terhibur.


Rahman mendapat undian tertinggi dengan 31.39 peratus juga mengalahkan konten pempengaruh Faisal Suhaimi, Farihi Arni, Foreppppp, dan Linda Said.


Rahman Cheaa Menang Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak


Aku pun dah tonton video-video yang rahman buat dan kebanyakkanya sangat mudah faham dan yang paling seronok adalah video tu semua santai sahaja.


Tidak terlalu berat dan sebab itulah ramai yang suka kan.


Biodata 


Mungkin ramai yang baru kenal dengan rahman ni, jadi aku kongsikan biodata rahman chea untuk anda semua. Maklumat lengkap akan dikemaskini dari masa ke semasa.


Nama online : Rahman Chea

Pengikut Instagraam : 38.9k

Pengikut Tiktok : 680.4k


Pempengaruh ini juga sedang meningkat naik dengan peningkatan jumlah followersnya dan membuatkan content-contentnya di minati ramai.


Korang yang suka layan tiktok dengan insta tu boleh lah follow dan support rahman dan rakannya dalam membuat konten-konten baru di media sosialnya tau.


Previous Post Next Post