NOKI K-Clique Dedah Siapa yang Tahu dirinya Bawang Putih

Selepas tersingkir pada minggu ke 7 baru-baru ini, Noki K-Clique mendedahkan siapa yang tahu dirinya merupakan BAWANG PUTIH dalam the masked singer Malaysia 2023 ini.


Noki berkata ramai yang tahu antaranya adalah ahli kumpulan K-Clique dan juga housmatenya di Kuala Lumpur. Katanya dengan mereka dia susah nak berahsia sebab selalu jumpa.


NOKI K-Clique Dedah Siapa yang Tahu dirinya Bawang Putih



Bawang putih tersingkir pada minggu ini menyaksikan hanya 7 peserta yang bakal beraksi di pentas minggu ke lapan nanti.


Bila di tanya mengenai punca kekalahan, Noki berkata; 


“Punca keluar tu dia simple je, bagi Noki semua jawapan sama sahaja, rezeki, maksudnya rezeki Noki sampai sini sahaja.


“Tapi Alhamdulillah Noki masih bersyukur, sebab Noki bukan penyanyi, Noki rapper, tapi saya boleh buat orang ingat dan saya boleh sampai ke minggu ketujuh tu satu perkara yang baik,” katanya.


Ditanya juga apabila ramai yang memuji persembahan Noki di pentas the masked Singer apa perasaan Noki.


' kalau orang cakap tu, maksudnya  persembahan noki  baik. sampai orang boleh ingat. its a good thing.' katanya lagi.


Noki juga mengatakan yang pada mulanya dia menganggap rancangan the masked singer ini merupakan permainan atau game ketika menerima tawaran ini.


'ingat ni game, lepas tu barulah faham dan mula ambil serius.' jelas Noki lagi.


Perasaan noki bila juri salah teka dan dia kata 


' itu idaman peserta. kalau boleh nak juri teka orang yang salah sahaja. itu yang kita orang nak.'


Sempat juga ditanya mengenai azab memakai kostum yang sering dikatakan berat oleh peserta-peserta lain sebelum ini.


Noki berkata ' secara jujur mula-mula nampak simple. tapi kalau pakai, senang lenguh di bahagian bahu. Mungking produksi pilih sebab nak tutup badan tough sebab jim kan.'


Maka berakhirlah sudah perjuangan Noki K-Clique dalam the Masked Singer sehingga minggu ke 7, siapa pula bakal terkantoi pada minggu ke 8 nanti? sama-sama kita nantikan.


Post a Comment

Previous Post Next Post