Gandingan duet Khai Bahar dan Nabila Razali membuahkan hasil apabila lgu yang mereka nyanyikan itu memenangi anugerah Video Muzik Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2023.
Laagu Selagi Ku Ada tersebut mendapat undian peminat sebanyak 50.44 peratus dan mengalahkan lagu-lagu lain seperti Damello dan Look at This (Dolla), Kudrat (Sekumpulan Orang GilaxNaim Daniel), dan Waktu (Hasif Upin & Ziana Zain).
Khai berkata kepada media yang dia menghargai peminatnya yang sentiasa bersama dengannya di kalah susah dan senang.
“Sebenarnya peminat yang jaga saya, sebab mereka sangat memahami saya. Biasalah manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, berasa kesedihan.
“Kami melalui saat suka, duka, gembira bersama. Jadi saya rasa mereka yang menjaga saya. Saya sangat menghargai dan menghormati apa yang mereka beri pada saya. Sebab itu saya sangat sayangkan mereka semua,” katanya
“Yang fanatik berlebihan saya rasa tiada, kalau jumpa pun mereka tahu menjaga batas dan kelakuan masing-masing.
“Kebanyakan peminat saya terdiri daripada golongan ibu ibu, yang muda muda pun ada juga. Pelbagai umur.
“Tapi mereka masih lagi menyokong saya, saya sendiri pun tak sangka orang yang sama dari dulu hingga sekarang turut bersama saya termasuklah peminat baharu juga,” jelasnya.
Sumber ; Gempak
Post a Comment