Anna Jobling Gempak Most Wanted 2023

Sememangnya layak anna jobling mendapat anugerah gempak most wanted 2023 selepas kejayaan demi kejayaan diperolehnya sepanjang tahun 2023.


Pengumuman nama Anna atau nama sebenranya Anna Ellisa Gustin Jobling memenangi anugerah tersebut di buat pada malam semalam di Pusat Kovensyen Putrajaya. 


Annaa mendapat undian sebanyak 1,549,083 sejak undian Top 5 Gempak Most Wanted Awards dibuka pada 17 Januari lalu.


Anna Jobling Gempak Most Wanted 2023



Bukan itu sahaja, Anna juga memenangi anugerah Selebriti Digital Tergempak dan anugerah Sunsilk Rambut Boom.


Ditambah pula dengan kemenangan drama melur untuk firdaus 2 melengkapkan malam bermakna buat gadis cantik ini.


Anna yang menerima undian 56.30 peratus turut menewaskan empat pencabar terdekat lain iaitu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selain penyanyi Amir Masdi.


Anna turut menewaskan dua bintang yang pernah bergandingan dengannya menerusi drama bersiri iaitu Meerqeen dan Amir Ahnaf.

Kalau korang tak tahu, tahun lepas drama melur untuk firdaus musim pertama memenangi anugerah yang sama dan ini bermakna tahun ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut untuk drama ini.


Tahniah diucapkan kepada Anna yang memenangi anugerah utama pada malam semalam dan sudah pasti ia memberi kenangan terindah buat anna dan para peminatnya.


Previous Post Next Post