Elly Mazlein Cipta Sejarah Baru di Malaysia

Baru-baru ini telah dilancarkan lagu terbaru untuk Elly Mazlein atau leebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom yang mana lagu tersebut merupakan single pertama selepas 17 tahun. Lagu brtajuk SAYAP nyanyian Elly Mazlein itu bakal menjadi fenomena baru dalam industri musik tanah air.


Elly Mazlein Cipta Sejarah Baru di Malaysia



Pada majlis yang sama, Elly mendapat anugerah Malaysia book of records bagi kategori ‘Longest Non-Stop Music Video Launching on A Pop-Up TV Channel’ atau Pelancaran video muzik tanpa henti terpanjang di saluran TV Pop-Up!


Elly Mazlein berkata 


"Saya sangat gembira dan berterima kasih atas pengiktirafan yang diberikan dan turut bersyukur dan berbangga kerana dengan anugerah ini memberikan saya semangat yang lebih tinggi dalam menjayakan kelahiran 'SAYAP' sebagai buah tangan terbaru di permulaan tahun 2024 ini," 


Pihak Malaysia Book of Records berkata;


"Kami mengucapkan tahniah kepada Rocketfuel Entertainment selaku pihak syarikat rakaman bagi Elly Mazlein atas pencapaian ini dan kami berharap untuk terus mengiktiraf lebih banyak pencipta rekod tempatan untuk sebarang pencapaian seperti ini," 


Kita harap elly teruskan berkarya di masa hadapan dan terus kekal relevan dalam dunia seni. Ramai tak peminat kak lina pom pom dalam ni? jom ucap tahniah dekat kak lina/


Post a Comment

Previous Post Next Post