Telefilem Datin Glam

Telefilem istimewa yang dibuat sempena AJL32, telefilem datin glam telah membuatkan ramai penonton tak sabar menonton telefilem ini. Memang best sebab ia merupakan cerita komedi tau.

Dibintangi pelakon hebat seperti Ziana Zain, Norman Hakim, Rita Rudaini, Amyza Aznan, Norlia Ghani membuatkan telefilem ini unik dan menarik.

Mesti korang nak tahu sinopsis dan jalan cerita untuk cerita ni kan. jangan risau kami kongsikan semua untuk anda di bawah ini.


telefilem Datin Glam




Info dan Pelakon


Kali pertama ditayangkan telefilem datin glam adalah pada hari sabtu 13 januari 2018 di slot cerekarama dan akan diulang siar pada 25 FEBRUARI 2024.

Ia merupakan karya arahan Rashid Sibir dan dibintangi oleh barisan pelakon hebat dan juga penyanyi terkenal tau. 

Antaranya adalah Ziana Zain, Norman Hakim, Rita Rudaini, Amyza Aznan, Norlia Ghani, Ku Fridah,Datuk Chef Wan, Faez Nick, Najwa Jaafar dan Mathni Razak


Sedutan




SINOPSIS 


Disebabkan korang terkejut tengok ziana zain dalam senarai pelakon, Jadi korang mesti nak tahu jalan cerita telefilem ni kan. ayuh! jom aku kongsikan sinopsis telefilem datin glam untuk korang.


Ia bermula apabila Nona pergi ke Kuala Lumpur untuk melawat dan menjaga sepupunya yang bernama Datin Ros kerana ros sedang sakit yang tteruk.


Rupanya Ros ada permintaan iaitu dia mahu Nona berkahwin dengan suaminya selepas dia meninggal dunia dan menjadi kenyataan apabila ros meninggal dunia. Sedihnya. 


pelakon Datin Glam


Sebagai suami yang menyayangi isterinya, Datuk Kamal rasa tidak mahu berkahwin dengan wanita lain selepas itu. Namun dek kerana wasiat si isteri maka dia turuti dan berkahwin dengan Nona.


Apabila sudah berkahwin, Nona mula belajar menjadi seorang isteri kepada datuk dan menjadi seorang datin yang wow dan seorang datin yang glam kaauu.


Disebalik kemesraan dan kebahagiaan yang dicapai, hubungan mereka tidak disukai oleh Datin Zura. Rupanya si zurra ni ada hati dengan kamal. Patutlah tak keruan nampak dia bila crush dia kawin dengan perempuan lain.


Dapatkah Nona dan kamal mengekalkan hubungan mereka sehingga akhir hayat atau akan ada perubahan hati datuk kamal? kalau nak tahu kenalah tonton sampai habis telefilem ini pada hari ahad ini tau.


Review


Secara keseluruhan, telefilem atau cerekarama ini banyak berkisar mengenai pengorbanan dan juga kisah kasih sayang suami dan isteri. Pada masa yang sama datin glam juga memberi kita gambaran di sebalik kegembiraan kita ada orang yang busuk hati dengan kita.


Perkara positif yang aku boleh kongsi dengan korang adalah telefilem ini tidak bosan dan gabungan pelakon dia yang menarik dan sangat kuat menjadikan jalan cerita ini menarik untuk ditonton.


Jangan lepaskan peluang untuk menonton telefilem ini pada hujung minggu nanti.

Previous Post Next Post