Memang terkejut tengok angka yang dibelanjakan. Seorang jutawan terkenal di Malaysia Belanja RM 3.5 Juta Untuk Perkahwinan Anak baru-baru ini.
Jutawan tudung bawal, Haliza Maysuri tidak kedekut menggunakan duitnya demi anak sulungnya iaitu Zuhaini Syazwan yang melangsungkan perkahwinan.
Lebih menarik apabila busana menantunya yang bernama Sarah dihiasi oleh 189936 biji batu Swarovski dari Austria yang dikatakan busana itu berharga RM 300 000.
Fuhh. memang grand habis tau.
Kata Haliza,
"Tiara itu direka khas oleh Pengarah Kreatif Global Swarovski Giovanna Engelbert, inspirasi daripada perhiasan kekaisaran Austria dan perhiasan keluarga Mesmera Swarovski.
"Setiap potongan dibuat dengan teliti dari 233 kristal jernih. Batu kristal tiara itu diatur dengan elegan dan bersinar dengan setiap gerakan.
"Sebagai tradisi yang memiliki tempat ikonik dalam warisan Austria dan Swarovski, tiara ini menjadi simbol keahlian unik milik Swarovski dan sejarahnya yang berusia 129 tahun," katanya.
Selain itu, Haliza juga memakai busana yang turut di hiasi dengan batu swarovski yang cantik dengan 72 ribu biji kesemuanya. Haarganya sahaja RM 170.000 untuk keseluruhan busana termasuk kain.
Disamping itu, Majlis juga di langsungkan di hotel mewah St. Regis Kuala Lumpur.
Adakah majlis perkahwinan ini menjadi wedding of the year nanti? dengan belanja rm 3.5 juta untuk perkahwinan anak sudah pasti akan meletakkan majlis ini sebaris dengan majlis perkahwinan hebat di Malaysia.
Apa-apa pun kami ucapkan tahniah atas perkahwinan ini.
Post a Comment