Telefilem Jaga Depa Sat

Jaga Depa Sat merupakan sebuah telefilem yang ditayangkan sempena hari Ahad di slot cerekaahad di saluran TV3. Dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Ika Nabella, Reen Rahim dan Aisya Hasnaa. Telefilem ini penuh dengan komedi dan kekeluargaan apabila mengetengahkan mengenai hubungan baik cucu dan datuk mereka.


Telefilem Jaga Depa Sat



Sinopsis Jaga Depa Sat

Telefilem ini mengisahkan tentang 3 orang sepupu yang rapat antara satu sama lain. Mereka adalah Mia, Ika dan Zana. Satu hari mereka mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur.

Jadi mereka perlu cari rumah dan memandangkan datuk mereka di sana, Maka mereka terpaksa tinggal dengan datuk mereka.

Lebih menarik dalam jaga depa sat ni adalah datuk meeka tu merupakan seorang bekas askar yang sangat mementingkan disiplin.

Dapatkah mereka menyesuaikan diri dengan suasana disiplin datuk mereka tu? sama-sama kita saksikan. pada 21 Januari 2024, Ahad pukul 9 malam di TV3.


Jaga Depa Sat

Sebenarnya cerita ni pernah ditayangkan sebelum ini di saluran media prima yang lain. Cumanya kali ini ditayangkan semula di TV3 pula pada 21 Januari 2024 jam 9:00 malam.

Skripnya di tulis oleh Mufid Suhaimi dan diarahkan oleh Jamal Khan. Pemilihan barisan pelakon yang kelakar dan penuh dengan humor seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Aisya Hasnaa, Kazar Saisi dan Sharifah Shahora menjadikan telefilem ini banyak adegan lucu dan lawak.


Post a Comment

Previous Post Next Post