Siti Nordiana Bakal Berkahwin?

Nama penyanyi terkenal, Siti Nordiana mengejutkan dunia hiburan baru-baru ini apabila viral mengenai dirinya yang berpakaian seperti seorang pengantin menjadi bualan netizen. Betulke Siti Nordiana bakal berkahwin?


Siti Nordiana Bakal Berkahwin?



isu kawin ini akhirnya di jawab sendiri oleh Nana dan dia menafikan yang dia bakal berkahwin sebaliknya dia berpakaian sedemikian kerana ingin membuat pengumuman mengenai konsert nya yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti.


Nana atau siti nordiana berkata konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun di Zepp Kuala Lumpur (KL) akan berlangsung pada 11 Mei 2024.


"Ya saya nak kahwin tetapi majlisnya akan berlangsung di Zepp KL pada Mei depan.


"Jadi saya nak jemput rakan media dan peminat ke sana meraikan konsert solo 25 tahun saya," katanya 


"Saya memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan menyangka saya akan bernikah selepas tersebar foto berbaju pengantin.


"Konsert ini ibarat perkahwinan bersama peminat yang sudah menanti lama konsert solo saya," katanya lagi.

--

Sebenarnya banyak respon positif dan negatif diterima selepas tularnya gambar baju pengantin siti nordiana tu. Rata-rata peminat mendoakan kebahagian Nana jika betul dia bakal berkahwin.


Namun ada juga yang patah hati melihat artis kesayangan mereka bakal berkahwin. Tapi semua itu telah dijawab siti nordiana dan ia memberikan kelegaan kepada para peminatnya.


semoga siti nordiana berjaya menjayakan konsertnya pada Mei nanti.


Post a Comment

Previous Post Next Post