Putera Mateen dah Bertunang.

Ramai yang kecewa selepas melihat Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam secara rasmi melangsungkan majlis pertunangan. Majlis resepsi mereka akan berlangsung pada 15 Januari 2024 tidak lama lagi.


Putera Mateen dah Bertunang.



Bagi yang tidak tahu, proses istiadat di mulakan dengan Istiadat menghantar tanda diraja dan pertunangan diraja berlangsung dengan rombongan pengantin lelaki membawa dan menyampaikan tanda diraja kepada rombongan perempuan.


Istiadat ini di ketuai oleh Yang Maha Mulia Pengiran Maharaja Setia Diraja Sahibul Irshad Pengiran Abdul Rahim. Majlis ini juga di langsungkan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.


Kami kongsikan tentatif majlis perkahwinan diraja brunei ini untuk anda.


Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari.


7 Januari : Majlis Istiadat Bersuruh Diraja

14 Januari : Majlis Bersanding Pengantin Diraja


Pasangan diraja itu kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala majlis resepsi pula dijadual diadakan pada malam 15 Januari.

 --

Untuk peminat-peminat putera Mateen. korang masih sempat nak beli tiket flight untuk tengok perarakan dua mempelai sejoli ni tau. hehehe


Jangan kecewa sangat yer. ramai lagi jejaka kacak di luar sana untuk anda.


Post a Comment

Previous Post Next Post