Noki K-Clique Disebalik Bawang Putih

Selesai sudah persembahan minggu ketujuh The Masked Singer Musim Ke-4. Semua peserta membuat kejutan untuk mengelirukan penonton dan juga juri pada minggu ini.


Namun begitu, satu maskot tersingkir selepas mendapat markah yang paling rendah di minggu ini. Maskot tersebut adalah Bawang Putih.


Minggu ni, bawang putih menyanyikan lagu FLASHLIGHT yang dinyanyikan oleh penyanyi asalnya Jessie J. Bila sudah tersingkir maka terdedahlah siapa identiti di sebalik topeng itu.


Noki K-Clique Disebalik Bawang Putih



Identitinya adalah Noki K-Clique. Ramai sebenarnya terkejut tengok Noki masa diumumkan sebagai peserta ttersingkir minggu ni tau.


Sebab utamanya adalah Noki pernah muncul di pentas the masked singer musim ini untuk persembahan Si Kancil taau. Jadi memang ramai dah blacklist Noki sejak hari tu.


Tak sangka dia masih boleh jadi maskod pada hari yang sama kan. Apa-apa pun, tahniah Noki sebab mengelirukan juri dan penonton. 


Namun begitu suara anda sudah boleh dikenali ramai. Hehehe siapa pula yang bakal tersingkir pada minggu ke lapan nanti? pasti ramai sudah tak sabar meneka dan kita ada lagi dua minggu sebelum melangkah ke final nanti.


Teruskan sokongan anda untuk the masked singer malaysia musim keempat ni ya.


Post a Comment

Previous Post Next Post