Naqiu dipilih buat persembahan di After Hours With Hetty Koes Endang

Penyanyi, Naqiu bakal membuat persembahan sebagai artis jemputan di konsert After Hours with Hetty Koes Endang pada bulan Februari 2024 nanti. Ini juga bakal menyaksikan reunion Gegar vaganza di pentas itu nanti.


Naqiu dipilih buat persembahan di After Hours With Hetty Koes Endang



Naqiu di pilih kerana komitmen dan kemampuannya dalam membuat persembahan dengan baik. Selain itu ia juga merupakan persetujuan bonda dan juga penganjur untuk memilih Naqiu berbanding calon yang lain.


Bonda Hetty akan berduet dengan Naqiu untuk beberapa lagu yang dirahsiakan bagi memberi kejutan kepada penonton nanti.


Naqiu berkatal “Sejujurnya saya terkejut tapi dalam masa yang sama sangat teruja untuk berkongsi pentas bersama bunda yang sebelum ini telah menjuri saya di program Gegar Vaganza sebelum ini.


“Ini merupakan satu penghargaan buat saya, syukur kerana diberikan peluang dan rezeki untuk bersama bunda sekali lagi,” katanya.


--

Tak sabar nak tengok persembahan Naqiu dan juga Bonda di konsert ini nanti. Jualan tiket juga sudah dibuka, cepat-cepat cari!

Post a Comment

Previous Post Next Post