Lagu Harum Setangkai Doa Dibuat Khas Untuk Suhaimi Saad

Kehilangan Suhaimi Saad sangat dirasai oleh rakyat Malaysia dan ebgitu juga dengan ahli kumpulan Inteam. Menurut, Syah Inteam pemergian Suhaimi sangat mengejutkan di usia yang muda. Inteam yang baru sahaja mengeluarkan lagu terbaru mereka mendedikasikan lagu tersebut kepada Almarhum atas semua kebaikan yang telah dilakukannya.


Lagu Harum Setangkai Doa Dibuat Khas Untuk Suhaimi Saad



Bagi yang tak tahu, Suhaimi Saad merupakan bekas Ahli kumpulan Inteam satu ketika dahulu.

Syah berkataa; 

"Pemergian Allahyarham boleh dikatakan agak mengejut, beliau hanya sakit dalam tempoh lebih kurang 3 bulan, dan kami sempat menziarahi beliau di Johor ketika sakit beberapa minggu sebelum beliau menghadap Ilahi" ujar Syah, selaku ketua Kumpulan Inteam.

Abdul Rahim Inteam berkata;

"Walaupun sedih, kami redha dengan pemergian sahabat kami dan bersyukur kerana selepas kematian beliau banyak cerita-cerita dan pesanan kebaikan beliau yang disebarkan oleh masyarakat, semoga ia menjadi pahala jariah buat almarhum"

"Kami juga rasa sebak dan terharu kerana diberi keizinan oleh keluarga beliau untuk memandikan dan menguruskan jenazah almarhum sehinggalah selesai proses pengebumian" tambah Rahim lagi.

Hazamin Inteam pula berkata; 

"Sewaktu berita kematian beliau diterima, saya sedang berada di dalam keretapi laju dari Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Tanpa sedar air mata mengalir membasahi pipi bila mengenangkan kenangan-kenangan sewaktu bersama almarhum dulu,” tambah Hazamin lagi.

Lirik Lagu Harum Setangkai Doa

Berikut merupakan senarai lirik lagu harum setangkai doa yang dibuat khas untuk Suhaimi Saad.



Post a Comment

Previous Post Next Post