Juri Padu, Teka Tepat Siapa Ikan Emas yang sebenarnya

Selesai persembahan minggu keempat semalam. Hanya seorang peserta sahaja yang tersingkir minggu ini yang menyaksikan Maskod Ikan Emas tersingkir. Dia mendapat markah terendah berbanding peserta lain.


Juri Padu, Teka Tepat Siapa Ikan Emas yang sebenarnya



Bila tersingkir, identiti ikan emas akhirnya didedahkan. Daiyan trisha merupakan individu di sebalik topeng tersebut. Penonton tak sangka sebenarnya tetapi juri minggu ini memang padu.

Diorang semua berjaya meneka siapa di sebalik topeng ikan emas minggu ini. Daiyan menyanyikan lagu Sial yang dinyanyikan oleh penyanyi asalnya Mahalini.

Di bottom 3 pula selain ikan emas, kita juga ada Pom Pom Kin dan juga Mat Helang. Mereka masih terselamat untuk minggu ini dan perlu buat yang terbaik pada minggu hadapan bagi mengelakkan daripada tersingkir.

Makin banyak klu makin pelik dan sussah untuk meneka siapa di sebalik topeng. Jadi kena rajin tengok The Masked singer malaysia barulah tahu klu yang betul.

Siapa pula yang bakal tersingkir minggu kelima nanti? sama-sama kita nantikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post