Ibu Faizal Tahir dan Anas meninggal dunia

Berita yang baru sahaja diterima mengenai pemergian ibu kepada penyanyi Faizal Tahir dan juga penyampai radiao, Anas Tahir yang meninggal dunia pagi tadi.

Muzlipah Aishah Pawanteh, 71, meninggal dunia di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam pada jam 8.55 pagi tadi.

Anas berkata,  "Kalau ikutkan emak sudah nazak sejak Jumaat lalu. Walaupun dalam keadaan nazak, emak masih cuba untuk kuatkan diri. 


Ibu Faizal Tahir dan Anas meninggal dunia



"Pada awal pagi Sabtu, sekitar jam 3 pagi keadaan kesihatan emak semakin merosot. Arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak kira-kira jam 8.55 pagi ini. 

"Alhamdulillah, semua anak-anak sempat menjaga sejak arwah dirawat di hospital," katanya. 

 "Berdasarkan maklumat terakhir yang diterima, doktor ada sebut mengenai kanser pankreas. Namun, untuk mengesahkan arwah meninggal sebab apa, saya tak berani. 

"Mereka kata agak sukar untuk dipastikan. Perut arwah membusung dan air dalam perut sudah masuk dalam paru-paru. Selepas air dikeluarkan dan menjalani imbasan CT, doktor dapat kesan ada virus pada bahagian pankreas dan ia sudah pun merebak," katanya. 

Faizal tahir turut memuat naik pemberitahuan melalui instagram mengenai pemergian ibunya. Faizal berkata;

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. "Rehatlah dan tenanglah di negeri abadi mama, cinta hati pertama saya. Mama dah buat yang terbaik untuk kami semua. "Anak-anak masih ada urusan di dunia. Kami menyusul kemudian. Insya-Allah. 

"Kepada yang mengenali ibu saya, Muzlipah Aishah Pawanteh, mohon dihalalkan segala makan minum dan diampunkan segala kekurangan dan salah silap selama dalam kenalan. 

"Terima kasih. Jazaakumullaahu khayr. Allahummaghfirlaha warhamhaa wa'aafihaa wa'fu 'anhaa," tulisnya. 

Jenazah akan dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk disolatkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam selepas solat Zuhur. 

Post a Comment

Previous Post Next Post