Hanya dua juri teka dengan betul untuk Minggu 3 The Masked Singer Malaysia 2023

Minggu lepas tak ada seorang juri pun teka dengan tepat. Tetapi minggu ini ada improvement apabila ada dua juri yang berjaya meneka dengan betul. Minggu ketiga semalam juga menyaksikan putera katak tersingkir dari pentas The Masked Singer Malaysia.


Hanya dua juri teka dengan betul untuk Minggu 3 The Masked Singer Malaysia 2023



Bila tersingkir, kita tahu siapa di sebalik topeng tersebut. Rupanya putera katak adalah Rashidi Ishak. Hanya dua juri yang berjaya meneka dengan betul. 

Berikut merupakan tekaan juri minggu ini. 

Erra Fazira - Faizal Hussein

Datuk Aznil Nawawi - Yusuf Bahrin

Angah - Aqasha

Sherry Alhadad - Rashidi Ishak

Zizan Razak - Sharnaaz Ahmad

Nabila Huda - Sharnaaz Ahmad

Michael Ang - Rashidi Ishak

Rozita Che Wan - Yusuf Bahrin

Minggu hadapan hanya 11 orang peserta yang bakal beraksi bagi layak ke minggu seterusnya. Bukan mudah nak menyanyi sambil pakai topeng. betul tak? korang rasa siapa pula yang akan tersingkir pada minggu hadapan?

Previous Post Next Post