Hamdan Senario Meninggal Dunia

Semalam pelawak lagenda, Hamdan senarion telah menghembuskan nafas terakhir selepas dia ditidurkan oleh doktor di Hospital Sultanah Aminah Johor akibat jangkitan kuman dalam darah.

Perkara itu dikongsikan oleh anak bongsunya, Nur Natasya Umairah. Jenazah kemudian di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, di sini, kira-kira jam 11.50 malam/ Ramai yang hadir beri pernghormatan terakhir kepada arwah.


Hamdan Senario Meninggal Dunia


Kumpulan senario juga hadir menghantar sahabat mereka di sana. Antaranya adalah Wahid, Azlee, Mazlan dan juga Yassin, Saiful Apek, dan Ilya.


Azlee berkata; 


“Pada waktu itu, kami berasa seronok sangat sebab anggota Senario lain pun ada. Maklumlah, lama tak jumpa, dapat bersama dalam satu acara memang saya rasa gembira. Tetapi, tiba-tiba dia collapsed ketika raptai dan terus dihantar ke hospital. Di sana, dia ditidurkan.

“Sehinggalah doktor memberitahu yang jantungnya makin lemah, dan apa yang kami harapkan hanyalah keajaiban. Namun, Allah lebih menyayangi arwah. Sehingga kini, saya masih belum boleh menghadam berita pemergiaan arwah,” katanya.

Azlee juga mengatakan Hamdan merupakan seorang aidk yang baik; Dia menambah


“Saya sangat terasa kehilangan dia. Maklumlah, setiap kali buat persembahan, arwah merupakan sparring partner saya.

“Jujur… sehingga kini, saya masih belum boleh berhenti menangis, mengenangkan arwah. Namun, Allah lebih sayang arwah dan dia dipanggil pulang pada hari yang mulia iaitu hari Jumaat,” tutup Azlee.


Post a Comment

Previous Post Next Post