Gugur Satu Lagu Ketika Sambutan Tahun Baru, Pengurusan Siti Nordiana menanti penjelasan Penganjur

Dalam acara sambutan tahun baharu 2024 yang berlangsung baru-baru in di Melaka menimbulkan rasa kurang senang pengurusan penyanyi terkenal yang juga alumni Allstar gegar vaganza, Siti Nordiana.


Gugur Satu Lagu Ketika Sambutan Tahun Baru, Pengurusan Siti Nordiana menanti penjelasan Penganjur




Ia susulan dari tindakan pihak penganjur yang menggugurkan satu lagu yang sepatutnya dinyanyikan oleh Siti Nordiana pada malam itu pada saat akhir. Ia juga menimbulkan tanda tanya kepada semua pihak. Peminat yang hadir pada malam itu juga kecewa tidak dapat melihat nana membuat dua persembahan tersebut.


Siti Nordiana sepatutnya menyanyikan lagu Tun Fatimah dan Bakawali pada malam tersebut.


Dalam satu laporan dari gempak.com, mereka menghubungi pengurus Nana untuk mengetahui hasil daripada isu berkenaa. Pengurus Nana yang bernma Anas berkata;  

 

“Saya masih belum boleh beri komen untuk isu ini, memandangkan pihak penganjur juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan.


“Apa pun, saya berharap agar pihak penganjur dapat menjernihkan keadaan terutama apabila ia melibatkan peminat yang datang jauh untuk menonton persembahan Nana,” katanya ringkas.


Previous Post Next Post