DJ Lin Minta Maaf dan Akan Jelaskan Semuanya Jumaat ini

Isu mengenai pemecatan Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarrnain dari Suria FM masuk episod baru. Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin buka mulut namun dia tidak boleh memberi sebarang kenyataan selepas mendapat arahan dari pihak pengurusan syarikat radio tersebut.


DJ Lin Minta Maaf dan Akan Jelaskan Semuanya Jumaat ini



Tyzo yang baru sahaja memenangi anugerah Penyampai Radio Popular Berita Harian itu mengatakan dia tidak rela diberhentikan sedemikian rupa. 


Menurut Kosmo! Online, DJ Lin berkata; 


“Minta maaf. Saya tidak dibenarkan untuk beri apa-apa kenyataan berhubung isu ini. Saya dapat arahan daripada pihak pengurusan tertinggi. Tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan,” katanya.


“Insya-Allah, Jumaat depan (19 Januari 2024) kami akan jelaskan semuanya dalam satu sidang media.


“Saya tidak pernah menghampakan wartawan sebelum ini setiap kali mahu mendapatkan komen atau apa sahaja kenyataan. Tapi untuk kali ini, saya minta maaf, tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkansehingga Jumaat nanti,” katanya.


--


Kita harap sangat isu ini dapat di selesaikan secepat mungkin. Jika di biarkan maka ia akan menjadi semakin bahaya dan akan merosakkan nama baik kedua-dua belah pihak.


Sebagai peminat, kita doakan yang terbaik untuk mereka semua.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post