Baru-baru ini, Watie Hanifiah yang juga merupakan isteri kepada pelawak Shuib mendedahkan yang dia tidak tahu menyiang ikan sebelum berkahwin.
Bahkan, watie juga mendedahkan yang kali pertama dia belajar persiang ikan adalah bersama dengan ibu mertuanya.
Watie berkata ;
"Masa mula-mula jumpa ibu mentua, dia tengah siang ikan sepat, ikan itu boleh melompat. Saya siap termencarut lagi.
"Sudahnya saya terus terang je, segala jenis ikan saya tidak kenal sangat. Jadi siang ikan itu memang tak pernah lah. Sebab selalu makan ayam dengan daging sahaja," tulisnya menerusi hantaran di Instagram Stories
"Terus ibu mentua cakap, ‘tidak apa tunjuk bodoh, jangan tak pandai tapi buat-buat pandai’.
"Alhamdulillah selamat dah terima saya sebagai menantu," ujarnya.
"Tapi selepas kahwin, eh semua benda yang tak boleh jadi boleh. Semua benda yang tak pandai jadi pandai," katanya lagi.
--
Isu persiang ikan menjadi bualan hangat dalam kalangan kaum hawa sejak dua tiga menjak ini. sehinggakan ada yang berkongsi mengenai pengalaman mereka kali pertama menyiang ikan.
Post a Comment