Tok Ram Dedah satu kekurangan Nikki Palikat

Persembahan Nikki Palikat minggu ini mendapat pujian daripada juri dan juga para penonton. Nikki yang menyanyikan lagu Pelesit Kota (Search) & Gemuruh (Search & Wings) berjaya memikat hati juri.


Tok Ram Dedah satu kekurangan Nikki Palikat



Ketua Juri, Tok Ram berkata Nikki mempunyai kelebihan dari segenap sudut. Cuma Nikki kurang satu jer iaitu Jiwa. Tok Ram juga memuji ketekunan nikki dalam menyiapkan visual dan penampilannya.


Tok ram berkata;  


"Idea, visual kamu sangat hardworking.


"Range kamu sangat besar, kamu boleh rendah dan tinggi senang untuk komposer buat lagu untuk kamu. Tapi ada satu benda yang paling yang duduk atas iaitu jiwa.


"Jiwa nombor satu, jangan lupa benda itu. Kamu perlu ambil tahu tentang ini. Kalau kamu ada jiwa dan visual begini kamu akan jadi the best.


"Nyanyian tadi okey, cuma kurang jiwa terutamanya lagu pertama. Attitude dalam jiwa, belajar tentang itu. Belajar tentang balada, nyanyian anda akan jadi terbaik," katanya.


Nikki dan 7 orang peserta allstar gegar vaganza 2023 telah layak ke final yang akan berlangsung pada hari ahad ini di Axiata arena. jangan lupa untuk beri sokongan anda kepada mereka buat kali terakhir di pentas final nanti ya.


selamat maju jaya Nikki Palikat.


Post a Comment

Previous Post Next Post