Telefilem Sampai Nanti

Telefilem Sampai Nanti mengisahkan tentang perhubungan yang telah terpisah selama 10 tahun kini kembali bersatu. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Juliana Farhana dan juga Amar Nafis.

Bagi yang meminati karya tempatan. telefilem sampai nanti ini akan disiarkan pada 30 Disember 2023 iaitu pada hari ahad. Kali pertama ia ditayangkan sampai nanti ini adalah pada tahun 2019 yang lalu.


Telefilem Sampai Nanti



Sinopsis Sampai Nanti

Telefilem menarik, sampai nanti menceritakan tentang dua pasangan yang telah berpisah sejak 10 tahun yang lalu. Kyle dan Milly merupakan sepasang kekasih yang sangat mesra tetapi hubungan mereka telah terputus.

Namun takdir bersama mereka apabila mereka bertemu sekali lagi selepas 10 tahun. Kali ini mereka kembali menyusun cinta mereka yang sudah lama tidak bersambung.

Bagaimana pengakhiran kisah sampai nanti antara kyle dan milly? sama-sama kita saksikan. 

Info dan Pelakon

Seperti yang aku bagitahu dekat atas. telefilem sampai nanti ini kali pertama ditayangkan pada 24 ogos 2019 pada jam 9 malam. Ia mengambil slot astro citra tau.

Pengarah muda yang mengarah telefilem ini adalah Liyana Jasmay dan dibintangi pelakon hebat seperti Juliana Farhana, Amar Nafis, Nas T dan Ramona Zamzam.


Pasti ramai tak sabar nak tengok kesudahan cerita ni kan. jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton semula di saluran astro citra pada sabtu ini 30 disember 2023.

Previous Post Next Post