Telefilem Komedi Saka Viral

Tidak lama lagi akan ditayangkan telefilem komedi, 'Saka Viral' yang pernah ditayangkan sebelum ini di saluran TV3. Telefilem saka viral ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Azlee Khairi dan juga Elvina Mohamad sebagai peneraju utama mereka. Jalan cerita yang mendapat respon dan komen positif dari penonton menjadikan ia antara karya yang mesti ditonton oleh rakyat Malaysia.



Telefilem Komedi Saka Viral



Sinopsis Saka Viral.

Telefilem komedi saka viral ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang terlalu taksub dengan sosial media. Satu hari dia telah dibuang kerja kerana dia telah mengupload dokumen sulit syarikat di sosial media.  

Selepas berhenti kerja, dia berjumpa dengan seorang gadis bernama Nani yang turut sama ketagih dengan sosial media. Sejak itu jugalah kehidupan aneh mula berlaku dalam kehidupan Mael. Persoalannya siapakah Nani yang tiba-tiba muncul dalam hidup mael ni?

Kalau korang nak tahu ending saka viral ni, korang kena tonton secara penuh di saluran TV3.


Telefilem Komedi Saka Viral



Info dan Pelakon

Telefilem saka viral ini merupakan karya arahan Fairuz Loy dan skripnya ditulis oleh Pouvin dan Tommy Loh. Kali pertama di tayangkan adallah pada 24 Mei 2020 dan akan diulang siarkan pada hari sabtu ini 30 Disember 2023.

Antara barisan pelakon yang terlibat adalah 

  • Azlee Khairi
  • Elvina Mohamad
  • Talha Harith
  • Kazar Saisi
  • Faez Nick
  • Issey Fazlisham
  • Liza Abdullah
  • Syazwan Zulkifly
  • Kamarool Haji Yusoff

Telefilem ini memang best dan penuh dengan elemn komedi yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga anda. jangan lepaskan peluang berharga ini untuk tonton semula saka viral di saluran tv3. Selamat menonton.

Previous Post Next Post