Siti Nordiana Minta Maaf Kepada Alyah

Finalis Allstar gegar vaganza, Siti Nordiana meminta maaf kepada pemilik lagu Kisah Hati iaitu Datin Alyah jika ada kekuarangan dalam nyanyiannya di pentas akhir pada hari ahad baru-baru ini.


Siti Nordiana Minta Maaf Kepada Alyah


Nana juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Alyah kerana hadir memberikan sokongan kepadanya pada hari tersebut.


Siti Nordiana berkata;  


“Nana berbesar hati dapat menyanyi lagi Kisah Hati @alyah81 dan tuan punya lagu datang support Nana, masya-Allah.


“Sorry ya beb kalau ada kekurangan di mana-mana dalam nyanyianku. Thank you beb datang support dan bagi semangat,” tulisnya dalam hantaran terbaharu di Instagram.


Alyah tampil membalas posting tersebut dengan memberi komen; 


“Babe awak dah buat sehabis daya awak. Nana tetap Nana dan semua orang sayang Nana.


“Semoga terus maju jaya. Yang penting kita sama sama kena jaga kesihatan untuk nak mencari rezeki hari mendatang,” tulisnya.


Alyah juga berkata dia tidak menyalahkan Siti Nordiana mengenai Isu yang berlaku diantara Alyah dan Bonda Hetty.


“Hugs, ingat satu ni ya kita tak pernah salahkan awak langsung dan kita berdua tak perlu ada dalam isu ini pun… Cik Jah cayang mader,” komennya.


Post a Comment

Previous Post Next Post