Sinopsis Drama Hati Tercarik Luka

Sinopsis Drama Hati Tercarik Luka. Kemunculan drama baru yang juga merupakan drama adaptasi dari novel yang sangat dinanti-nantikan. Di lakonkan oleh pelakon hebat seperti Zara Zya, Syarul Ezani dan Ryun. Ini juga merupakan karya arahan Emi suffian.


Ramai juga yang follow drama hati tercarik luka ni rupanya. Masih ramai yang meminati dan menyokong drama melayu sekarang ini. memang terbaik.


Sinopsis Drama Hati Tercarik Luka



Sinopsis Drama Hati Tercarik Luka

Drama hati tercarik luka ini mengisahkan tentang Biarpun pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi, akhirnya mahligai bahagia terbina jua. Eyda Amanda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani Zairie akan kekal abadi selagi hayatnya. Namun sayang, cinta sucinya dikhianati. Badai melanda lantaran kehadiran orang ketiga.


Dani Zairie tidak pernah berubah. Jejaka macho dengan trademark playboy ini mudah hanyut dalam pujuk rayu perempuan-perempuan yang menggilainya. Sehingga akhirnya, Eyda Amanda terpaksa mempertaruhkan nyawa hidup di sisi Dani Zairie. Lantaran amalan ilmu hitam, perempuan sihir yang terlalu obses untuk memiliki Dani Zairie separuh nyawa.


“Ingat Eyda! Sekali kau melangkah pergi. Akan aku pastikan kau kembali melutut ke pangkuanku lagi! Aku bersumpah tujuh keturunan kau tak akan hidup senang!” – Dani Zairie


“Demi ALLAH! Dunia akhirat aku akan menunggu setiap detik dan waktu saat pembalasan dan pengadilan ALLAH terhadap kau, Dani. Biarpun aku tidak mampu membalas dengan kudratku atas segala kekejaman dan kezaliman kau. Namun, aku pasrah dan berserah serta yakin bahawa suatu saat dan ketika, pasti balasan ALLAH akan kau terima di dunia atau di akhirat nanti!” – Eyda Amanda


“Hei perempuan! Kau dengar sini baik-baik! Kau menangis air mata darah sekalipun, kau takkan dapat balik laki kau! Ha! Ha! Ha!” – Maya Maria


Pengorbanan cinta Eyda Amanda hanya sia-sia. Percintaan yang tiada penghujungnya. Lantaran perbuatan durjana syaitan bertopengkan manusia. Permainan cinta dan kecurangan Dani Zairie akhirnya mencetuskan derita dan sengsara buat Eyda Amanda. 


Di mana noktah kehidupan yang harus Eyda Amanda tempuhi? Mampukah Eyda Amanda mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Dani Zairie? Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta mereka?

Info dan Pelakon


Bagi korang yang tak tahu, drama hati tercarik luka ini mempunyai 15 episod sahaja dan mula ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam di TV3.

Barisan pelakon dan watak drama hati tercarik luka ini terdiri daripada; 

  • Zara Zya sebagai Eyda Amanda
  • Syarul Ezani sebagai Dani Zairie
  • Ryun sebagai Maya Maria
  • Fizo Omar sebagai Rykal
  • Mia Nasir sebagai Anies
  • Jasmin Hamid sebagai Puan Safina
  • Aleza Shadan sebagai Hajah Ummi
  • Haeriyanto Hassan
  • Halim Radzi


Kesimpulannya, drama menarik seperti hati tercarik luka ini seharusnya menjadi drama tontonan rakyat Malaysia. Di samping barisan pelakon yang mantap malah jalan cerita drama ini juga sangat kuat dan juga berisi.


Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton drama hati tercarik luka di TV3.

Post a Comment

Previous Post Next Post