PU Azman diperintah bela diri

Isu yang sedang hangat di perkatakan iaitu kes amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang melibatkan PU Azman.


Azman Syah atau PU Azman itu turut menghadapi sembilan lagi pertuduhan berkaitan seksual iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.


PU Azman diperintah bela diri



Azman didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun lalu.


Hari ini, Hakim Syafeera Mohd Said membuat keputusan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan itu.


"Selepas mendengar dan meneliti saksi pendakwaan dan semua bukti dan serta meneliti hujahan pendakwaan, mahkamah memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh atas tuduhan pertama dan tuduhan kedua.


"Oleh yang demikian tertuduh diarah untuk membela diri," katanya.


Azman juga memilih untuk meneruskan kes dengan memilih keterangan bersumpah dari kandang saksi.


"Saya memilih keterangan bersumpah dari kandang saksi," katanya.


Hakim juga telah menetap 12 januari depan untuk sebutan semula kes.


Post a Comment

Previous Post Next Post