Persembahan Siti Nordiana Makin Baik, Raih Pujian Juri

 Selesai persembahan minggu separuh akhir, siti nordiana merupakan peserta kedua yang membuat persembahan. Nana menyanyikan lagu Hampa Hatiku (Ungu) & Sudah Ku Tahu (Projector Band). Minggu ini kesemua peserta masih membawa dua lagu dalam persembahan mereka.


Nana memulakan persembahannya dengan lagu sudah ku tahu nyanyian asal projector band. Dalam lagu pertama ini Nana banyak bermain dengan nada tinggi yang membuatkan penonton terpukau.


Persembahan Siti Nordiana Makin Baik, Raih Pujian Juri



Kemudian bersambung lagu Hampa hatiku nyanyian asal kumpulan Ungu berjaya menambat hati penonton dan juga juri dengan nada yang sederhana. Nana juga berjaya membawa lagu ini dengan cara Nana sendiri dan arrangement yang sesuai dengan Nana.


Penampilan Nana malam ini memang lain daripada yang lain. Tetapi masih mengikut tema minggu ini iatu rock. memakai pakaian serba hitam dan berkulit memperlihatkan usaha Nana bagi memastikan persembhannya sampai kepada penonton.


Juri juga tidak lekang memberi pujian kepada Nana selepas selesai persembahannya tadi. adakah nana akan ke final nanti?

Previous Post Next Post