Persembahan Naqiu Dipuji Bonda Hetty

Minggu ini kedudukan Naqiu sedikit merudum apabila berada di kedudukan ke tiga berbanding tempat pertama pada minggu sebelumnya. Namun begitu prestasi Naqiu masih ditahap terbaik.


Naqiu yang membuat persembahan lagu memoti sekuntum rindu dan Its my life kurang berjaya menambat hati penonton dengan hanya mendapat markah sebanyak 72.5% sahaja.


Persembahan Naqiu Dipuji Bonda Hetty



Namun begitu persembahan ini berjaya menarik perhatian penonton yang memberikan tepukan gemuruh selepas Naqiu selesai membuat persembahan.


Malah Bonda Hetty selaku juri tetap Allstar Gegar vaganzaa juga memberi komen positif kepada persembahan ini. Bonda juga mengatakan Naqiu merupakan salah seorang yang sentiasa sedia dengan apa sahaja tugasan.


Jika disuruh itu dan ini, maka Naqiu memang sedia untuk memberikan yang terbaik kepada penonton dan juri.


Bonda hetty berkata;


'Memang kamu ini salah satu peserta yang siap apa sahaja. Disuruh ini, disuruh itu, kamu siap. Kreativiti bagus. Kamu faham apa yang juri inginkan "


Naqiu dan 7 orang peserta lain bakal beraksi buat kali terakhir di pentas akhir allstar gegar vaganza 2023 yang akan berlangsung di Axiata arena. 


Jadi jangan lepaskan peluang unuk menonton konsert akhir ini nanti. Semoga berjaya buat Naqiu dan kesemua finalis nanti ya.



Post a Comment

Previous Post Next Post