Nikki Palikat Dedah Rahsia Persembahannya Luar Biasa Di Separuh Akhir ASGV

Peserta yang paling menonjol dalam konsert separuh akhir Allstar gegar vaganza pada ahad lalu adalah Nikki Palikat. Ramai juga tertanya-tanya bagaimana nikki boleh berubah menjadi power pada minggu lepas kan.


Nikki yang menyanyikan lagu Gemuruh dan Pelesit Kota mendedahkan apa yang berlaku sepanjang minggu lalu. Nikki juga mendapat markah 79.5 % hasil dari persembahan bertenaga tersebut.


Nikki Palikat Dedah Rahsia Persembahannya Luar Biasa Di Separuh Akhir ASGV



Nikki berkata ; “Dua buah lagu yang begitu berbeza, untuk dimedleykan saya mencari jalan cerita yang dapat flow dengan bagus.


“Bila saya nampak, pelesit ni adalah belalang jadian daripada makhluk halus, sebab lagu gemuruh tu kan macam magic-magic, apa kata saya menjadi ahli sihir, yang boleh bertukar bentuk menjadi seekor pelesit,” katanya.


“Untuk mencari pereka yang buat baju seperti belalang siapa? Melinda Looi baju-baju dia memang pelik-pelik,” ujarnya.


Sliding hingga sakit lutut


Kalau korang perasan, persembahan Nikki Palikat baru ini ada sliding yang nikki buat kan. hehe terkejut juga aku bila tengok dia slide masa tu. hehe


Rupanya hasil daripada sliding tu, Lutut nikki cedera. Nikki jelaskan kepada media; 


“Aksi itu secara spontan dan untuk lagu ini saya cuba nak buat perancangan dari segi persembahan tetapi bila dah namanya pun rock memang tak ada plan.


“Untuk mendapatkan mood, kena dengar lagu itu dan bersatu dengan muzik, kemudian buat sahaja secara spontan.


“Yang slide atas pentas itu, sejujurnya masa sesi latihan penuh itu pun rasa nak buat dan saya tak rancang pun sebenarnya.


“Lepas buat, bila cek… Alamak terdapat lebam di bahagian kaki pula,” katanya ketika ditemui Gempak.


“Memang ada rasa sakit dari semalam tapi bila datang mood rock tu ditambah pula dengan gitar solo tu, terus jiwa yang nak slide tu muncul.


“Tak kisahlah lebam atau apa, kita redah sahaja. Jadi memang saya buat luncuran itu sekali lagi untuk konsert ini.


“Sebenarnya sakit ni sebab lebam, tapi tak memgapalah lagi pun persembahan kan kenalah beri yang terbaik,” ujarnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post