" kamu tak give up " - Tok Naz

Selepas selesai persembahan, Datuk Syafinaz di minta untuk menjadi juri kepada persembahan Azharina. Tok Naz berkata yang Azharina adalah seorang fighter dan tidak putus asa.


Ia berikutan persembahan Nina minggu ini mendapat pujian daripada juri dan juga para penonton. 


" kamu tak give up " - Tok Naz

Tok Naz berkata;


"Jangan beri yang biasa-biasa sebab anda lebih besar daripada itu. Ada masa orang suka, tak suka dengan persembahan, itu biasa. Ambil ia sebagai proses pembelajaran. Daripada saya, ikhlas.


"Satunya yang berlaku di pentas, menunjukkan anda seorang fighter, kamu tak give up. Secara menyeluruh persembahan ini sangat energetik.


"Vokal lagu pertama lebih baik daripada lagu kedua," 


"Hati-hati, kamu nak jadi rock performer, kadang-kadang bukan sebab jerit. Ia fasal giving energy, power thru music drive.


"Vocal effect, kamu ada tunjukkan dalam persembahan, tak perlu kamu menjerit 'too much'," nasihatnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post