Jaclyn Victor Juara Allstar Gegar Vaganza 2023

Gegar Vaganza telah mencatatkan sejarah baru dalam arena hiburan Malaysia dengan mengukuhkan statusnya sebagai satu daripada pertandingan nyanyian realiti paling prestij di negara ini. Kehebatan vokal dan keunikan bakat seni sering menjadi tumpuan, dan dalam musim terkini, satu nama bersinar terang di atas pentas - Jaclyn Victor. Juara yang telah mendahului zaman ini sekali lagi membuktikan kegemilangan bakatnya, merangkul gelaran "Allstar" dalam Gegar Vaganza.


Jaclyn Victor Juara Allstar Gegar Vaganza 2023



Jaclyn Victor Dinobatkan Juara Allstar Gegar Vaganza 2023. 


Keputusan ini diumumkan setelah selesai konsert minggu akhir yang berlangsung di Axiata Arena semalam. Jaclyn berjaya mengalahkan barisan tujuh orang finalis lain.


Untuk pengetahuan korang, Jaclyn victor menyanyikan lagu When You Believe secara solo dan lagu Sandarkan Pada Kenangan duet bersama Datuk Jamal Abdillah manakala lagu battle pula adalah lagu balckpink, Kill This Love.


Setelah diumumkan menjadi Juara Jaclyn memberi ucapan kemenangan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.


Jaclyn berkata; “Terima kasih Tuhan, terima kasih semua orang, kasih Tok Ram, Datuk Syafinaz dan bunda, terima kasih banyak-banyak,”


Hadiah kemenangan Jaclyn victor adalah wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi emas Gegar Vaganza.


Pakej Percutian ke Switzerland, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London dan Baucer Dekorasi Ruangan sumbangan Ritz Reka.


Dalam pada itu, terdapat anugerah tambahan iaitu Anugerah Pilihan Boss Susu diberikan kepada Naqiu dan pemenang membawa wang tunai berjumlah RM10,000 tajaan Farm Fresh.


Para finalis tidak pulang dengan tangan kosong akan membawa pulang wang tunai RM10,000, pekej percutian tajaan Kaki Jalan dan trofi Gegar Vaganza.


Post a Comment

Previous Post Next Post