IU, Gong Yoo dan senarai Pelakon Korea Yang Hadir ke Pemakaman Pelakon Parasite Lee Sun Kyun

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian Pelakon filem Parasite, Lee Sun Kyun. Dia ditemui mati di dalam sebuah kereta di sebuah taman bernama Waryong di ibu kota Seoul, Korea selatan.


Pihak polis mengesahkan yang lelaki tersebut ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kenderaan itu. Kemudian polis mengesahkan lelaki tersebut adalah Lee Sun Kyun.


IU, Gong Yoo dan senarai Pelakon Korea Yang Hadir ke Pemakaman Pelakon Parasite Lee Sun Kyun



Polis yang mendapat laporan awal dari seorang wanita yang mengatakan suaminya meninggalkan sebuah nota seperti nota membunuh diri. jadi selepas itu baru pihak polis mencari dan menemui kereta berkenaan.


Polis juga menemui briket arang yang sedang menyala di dalam kenderaan tersebut dan mengesyaki kematian sun kyun adalah kerana terhidu asap itu dan kerana bunuh diri.


Macam kita tahu, sun kyun sedang di siasat oleh polis kerana pertuduhan menggunakan dadah ketika bulan oktober yang lalu. Jadi ia mungkin salah satu faktor kemungkinan dia membunuh diri.


Baru-baru ini juga ada laporan media yang mengatakan yang sung kyun di jadikan kambing hitam polis korea dan ahli poltik di sana bagi menutup ketirisan yang sedang berlaku dalam kerajaan mereka.


Ketika sesi melawat jenazah Sun Kyun.ramai artis-artis dan pelakon korea yang menghadiri majlis berkenaan antaranya IU, Goong Yoo, Kibang, Bong Joon-ho, Lee Jung-jae, Kim Nam-gil dan juga ramai lagi yang hadir.

Kesemua mereka merasai kehilangan pelakon yang sangat baik dengan mereka. 

Post a Comment

Previous Post Next Post