Hady Mirza dapat Geprek dari Bonda Hetty!

Penampilan dan persembahan penyanyi kacak dari Singapura, Hady Mirza sudah tidak perlu diperkatakan lagi. keupayaannya membawa lagu tinggi dengan tenang dan mudah menjadi igauan ngeri untuk para peserta lain.


Hady Mirza berada di kedudukan keempat untuk konsert minggu ke 11 separuh akhir Allstar gegar vaganza 2023. Hady menyanyikan lagu tragedi oktober dan juga opera hidup.


Hady Mirza dapat Geprek dari Bonda Hetty!



Hasilnya Hady mendapat markah sebanyak 70.75% sahaja. Kedudukan hady juga agak sedikit terjatuh berbanding minggu sebelumnya. 


Namun begitu, Hady sekali lagi mendapat gelaran Geprek dari Bonda bagi persembahan minggu ini. Gelaran itu untuk peserta yang betul-betul berjaya dalam membuat persembahannya.


Minggu sebelum itu pun hady mendapat geprek. sejak beberapa minggu ini, Hady banyak mendapat pujian daripada juri terutamanya ketenangan yang dia perolehi ketika membawa lagu-lagu berrange tinggi dan sukar.


Malah pada minggu ini juga, juri tetap, Bonda hetty turut memuji benda yang sama dan juga bonda memuji keupayaang Hady mengawal tone suara ketika menyanyi. 


Bonda Hetty berkata ;


" Dari 16 peserta menjadi 8 peserta, bunda perhatikan kamu salah seorang peserta yang mampu control tone pada saat tinggi, dua lagu yg kamu nyanyikan sangat memerlukan energy, Hady menurut bunda kamu… Super, excellent, GEPREK! "


Seperti sedia maklum, Hady memang mempunyai suara yang boleh digunakan untuk pertandingan. Malah keupayaannya menyanyi dengan baik menjadi dia antara calon juara allstar gegar vaganza 2023.


Hady mirza dan juga 7 orang peserta lain akan beraksi buat kali terakhir di pentas final pada hari ahad. Jadi kalau korang belum beli tiket lagi, boleh beli. 


Semoga berjaya buat Hady Mirza!

Post a Comment

Previous Post Next Post