Isu yang viral baru-baru ini banyak menjadi sebutan peminat. Ia bermula dari ketidak puas hatian peminat apabila juri allstar gegar vaganza, Bonda Hetty mengatakan Siti Nordiana menyanyikan lagu lebih baik dari penyanyi asalnya iaitu Alyah.
Komentar itu menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia. Namun begitu selepas beberapa hari, Datin Alyah berkata dia nak dan sudah menutup buku mengenai isu berkenaan..
Alyah berkata demikian menerusi posting instagramnya.
“Saya dah tutup buku hal Kisah Hati ini. Jadi sesiapa yang DM saya kalau saya tak repost harap memahami ya,” maklumnya
“Bukan tak hargai sokongan kamu tapi segala yang berlaku pasti ada hikmah dan saya benar benar dah tutup kes ni.
“Terima kasih banyak banyak korang. Mohon support Cinta Sahabiyah ya,” coretnya.
--
Kita juga harap isu ini selesai dengan baik. masing-masing ada hak dan pendapat masing-masing. jadi hanya memohon maaf dan memberi maaf adalah jalan terbaik untuk kedua-dua nya.
Harap juga fans tak gaduh-gaduh lagi lepas ni ya.
Post a Comment